Kepentingan Air Kepada Manusia




Dewasakini, sejak turun temurun, air memang penting kepada manusia. Ia adalah sebahagian utama keperluan untuk hidup. Apatah lagi air bersih, sangat penting kepada badan kita demi meneruskan kelangsungan hidup.

Untuk pengetahuan umum, 70% daripada kandungan badan kita adalah terdiri daripada air. Sah lah, kita memang memerlukan air untuk hidup.







Untuk apakah kita perlu minum air bersih ? Tak lain tak bukan ia adalah demi memenuhi keperluan badan kita. Berapa banyakkah air diperlukan oleh badan kita dalam sehari ? Jawapanya saudara-saudari  ialah 2 liter sehari badan kita memerlukan air.

Jika dahulu, air diperolehi daripada telaga dan sungai untuk kegunaan rumah seperti basuh kain, mandi, dan juga sebagai minuman. Secara umumnya, air diperolehi daripada air paip, air hujan, air sungai, air kolam dan sebagainya.

Selain itu saudara saudari, meminum air yang kotor boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia seperti cirit birit dan sebagainya. Oleh sebab itu, penting untuk kita minum air bersih demi menghindari pelbagai penyakit yang berisiko memudaratkan badan kita.

Saudara-saudari, air juga boleh berperanan sebagai pengankutan kepada badan kita. Dalam tubuh kita, air diperlukan sebagai pengangkutan untuk nutrient, hormone, toksin dan hasil kumbahan yang ada dalam badan kita.

Sebagai info umum, mengikut kajian, rakyat di Malaysia tidak minum air yang mengcukupi sehingga menyebabkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Sekian, setakat itu dahulu perkongsian saya dengan Tuan Puan, Terima kasih. =)

Comments

Popular posts from this blog

PENAPIS AIR COWAY VILLAEM

INFO